Lempeng Kelapa dan Mentega Kacang

15minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Lempeng Kelapa dan Mentega Kacang side

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mentega Kacang Halus
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mentega Kacang Kasar
  • 150 g Tepung serbaguna
  • ½ sudu teh Garam
  • 60 g Gula aising, diayak
  • 4 biji Telur, dipukul sedikit
  • 60 g Mentega tanpa garam, dicairkan
  • 60 ml Santan
  • 140 ml Air
    Minyak untuk disapu pada kuali

Untuk topping:

Langkah-langkah

1

Di dalam satu mangkuk, tuang masuk santan, air, telur, mentega dan garam, kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan tepung, gula aising dan Lady’s Choice Mentega Kacang Halus sedikit demi sedikit. Kacau sehingga membentuk adunan yang halus.

2

Sapukan sedikit minyak pada kuali tidak melekat dan panaskan kepada suhu sederhana tinggi. Sudukan sedikit adunan ke dalam kuali dan sapu dengan rata pada seluruh permukaan kuali.

3

Kemudian, masak dengan api rendah untuk 20 saat dan taburkan kelapa parut dan 1 sudu besar Lady’s Choice Mentega Kacang Kasar secara rawak pada seluruh permukaan lempeng. Tutup dengan penutup kuali selama 10-15 saat.

4

Akhirnya, buka penutup dan lipat lempeng menjadi separuh dan lipat sekali lagi menjadi bentuk segitiga. Hidangkan panas.

Exit mobile version