Lunch Box Telur Dinosaur

40min
2 Hidangan
Ringkas - Easy
Lunch Box Telur Dinosaur

Lunch Box Telur Dinosaur (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 2 biji telur rebus
  • ½ inci kunyit hidup
  • 4 keping roti putih
  • 2 keping keju cheddar
  • 2 keping ham ayam
  • 2 batang asparagus, dipotong jalur 2 inci (jika suka)
  • ½ peket shimeji cendawan
  • ½ batang lobak merah, dipotong jalur 2 inci
  • ½ batang timun Jepun, dipotong jalur 2 inci
  • ½ sudu besar minyak masak

Langkah-langkah

1

Potong kerak dari roti dan sapu rata dengan Mayonis Sebenar Lady’s Choice.

 

2

Untuk memyediakan telur dinosaur, sapu sedikit kunyit hidup dan buat titik berwarna kuning atas telur rebus dengan berus.

 

3

Untuk menyediakan sandwich ham ayam keju, letakkan sekeping keju dan ham ayam di atas roti. Tutup dengan sekeping roti dan potong kepada bentuk mengikut kesukaan dengan pemotong cookie.

 

4

Untuk menyediakan hidangan sampingan, panaskan minyak di dalam kuali dan masak sayur-sayuran dan cendawan sehingga masak.

 

5

Susunkan makanan ke dalam bekas makanan mengikut kesukaan.

Exit mobile version