Mee Hailam - Nak Makan Apa?

Mee Hailam

Simpan ke kegemaran anda

30min
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mei 15, 2021
Decorative Image

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bahan bahan

  • 1 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 sudu besar Cili kering kisar
  • (100gram) Ayam
  • 1 sudu besar Sos tomato
  • 1 sudu besar Sos cili
  • 3 sudu besar Kicap manis
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • Air secukupnya
  • 6 ekor udang
  • Lobak Merah
  • Brokoli
  • Bunga Kobis
  • 1 sudu kecil Tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Gula Secukup rasa
  • sawi
  • tomato
  • (200 gram) Mi Kuning
Decorative Image

Langkah-Langkah

1

Cara penyediaan: 

Tumiskan bawang dan cili kisar. 

2

Masukkan ayam dan kacau sampai ayam separuh masak

3

Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap.

4

Masukkan air secukupnya dan kiub ayam Knorr serta sedikit gula.

5

Masukkan udang. Kacau sampai udang hampir masak.

6

Masukkan sayuran yang keras. Tambah air jika perlu.

7

Bila sayur dah lembut, masukkan mee dan sayuran yang lembut. Kacau rata.

Tips nutrisi

  • Udang mengandungi protein – nutrisi yang membantu membina dan memperbaiki tisu badan.
  • Brokoli mengandungi folat. Folat berperanan dalam pembentukan sel darah merah.
  • Sayur-sayuran yang berlainan warna mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.