Mee Hoon Goreng Putih - Nak Makan Apa?

Mee Hoon Goreng Putih

Simpan ke kegemaran anda

40minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 20, 2023 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 1 pek mee hoon vermicelli - 350 gram
  • 1 ikat sawi
  • 1 batang karot - hiris panjang
  • 6 biji cili padi
  • 3 biji telur
  • 4 keping fish cake - hiris panjang
  • 6 ekor udang
  • 4 ekor sotong
  • 1 sudu besar Seafood sauce/sos tiram
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk perasa Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • ¾ cawan minyak masak

Bahan hiris :

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Langkah-langkah

1

Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng telur scramble, angkat dan ketepikan.

2

Menggunakan kuali sama, tambah ½ cawan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris hingga wangi.

3

Masukkan karot dan kacau rata.

4

Masukkan udang, sotong atau apa apa yang disukai. Kacau rata.

5

Masukkan batang sawi dan cili padi.

6

Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan fish cake.

7

Masukkan serbuk lada hitam.

8

Masukkan mee hoon dan kacau rata. Masukkan daun sawi. Masukkan serbuk Knorr Pasti Sedap.

9

Akhir sekali, masukkan telur yang digoreng tadi. Kacau rata. Bila mee hoon terbit minyak, bolehlah tutup api. Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.