Bahan-bahan
-
4 keping Peha ayam
Untuk perapan ayam:
-
½ sudu besar Serbuk bawang putih
-
3 sudu teh Jus limau kesturi
-
2 sudu besar Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Untuk adunan menggoreng:
-
2 cawan Tepung jagung
-
4 biji Putih telur
-
Minyak untuk menggoreng
Untuk bahan-bahan kisar sambal hijau
-
2 biji Cili hijau
-
20 biji Cili padi hijau
-
100 g Bawang merah
-
40 g Bawang putih
-
1 biji Tomato hijau besar
-
2 sudu besar Minyak masak
Untuk perisa sambal hijau
-
½ sudu teh Gula perang
-
2 sudu teh Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
-
3 sudu besar Minyak masak
Langkah-langkah
1
Untuk ayam goreng, perap ayam selama 30 minit di dalam peti sejuk. Salutkan ayam dengan adunan dan goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga warna keemasan atau masak sepenuhnya. Ketepikan.
2
Untuk sambal hijau, letakkan semua bahan-bahan kisar di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis pes sehingga wangi. Masukkan campuran perisa dan kacau sehingga sebati.
3
Taburkan sambal hijau di atas ayam goreng. Hidangkan dengan nasi, timun, ulam dan tempeh.