Nasi Bakar Ayam Kari

40minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
hellmann's chicken baked rice low

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Hellmann’s Smoky Thousand Island
  • 6 cawan Nasi
  • 500 g Daging ayam tanpa kulit, dipotong ketulan kecil
  • 2 sudu besar Minyak masak
  • 1 Bawang besar, didadu
  • 1 Kayu manis
  • 2 Bunga lawang
  • 2 tangkai Daun kari
  • 20 g Daun ketumbar, dicincang
  • 3 Tomato, didadu
  • 3 sudu besar Serbuk kari daging
  • 2 cawan Air
  • 1 cawan Keju, diparut

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang sehingga wangi. Masukkan kayu manis, bunga lawang, daun kari, daun ketumbar dan ayam. Goreng selama 2-3 minit.

2

Masukkan tomato, serbuk kari dan air. Reneh selama 2-3 minit dan ketepikan.

3

Letakkan nasi ke dalam kaserol besar dan kacau sebati dengan Hellmann’s Thousand Island Dressing. Letakkan ayam kari di atas nasi dan taburkan keju di atas ia. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180˚C selama 15-20 minit. Hidangkan panas.

Exit mobile version