Nasi Goreng Cina - Nak Makan Apa?

Nasi Goreng Cina

Simpan ke kegemaran anda

25minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 9, 2022

Bahan-bahan

Bahan - Bahan

  • 1½ sudu besar Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 400 g Nasi
  • 80 g Kacang Panjang, didadu
  • 80 g Lobak merah, didadu
  • 160 g Udang, dibersihkan
  • 30 g Cendawan shitake kering, direndam dalam air dan didadu
  • 3 Telur
  • 15 g Bawang putih, dicincang
  • 10 g Halia, dicincang
  • 4 sudu besar Minyak masak
  • 2 sudu besar Minyak bijan

Untuk Hiasan

  • 30 g Daun bawang, dihiris

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kacang panjang dan cendawan sehingga wangi.

2

Masukkan udang dan goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.

3

Buatkan satu perigi di tengah kuali, masukkan minyak bijan dan telur. Kecilkan api dan tutup telur dengan nasi. Masak selama 30 saat.

4

Besarkan api, hancurkan telur perlahan-lahan dan kacau sebati dengan nasi. Tambahkan Knorr Pasti Sedap dan kacau sehingga sebati. Hias dengan daun bawang dan hidangkan panas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.