Nasi Minyak

30minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam

Untuk bahan bahan

  • 2 cawan (410 gram) Beras Basmathi
  • Air (secukupnya)
  • ¼ sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 3 sudu besar Minyak Sapi
  • 1 helai Daun Pandan
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 3 ulas Buah pelaga
  • 1 ulas Bunga lawang
  • 1 biji Bawang besar
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 cawan / (250 ml) Susu cair
  • 1 sudu besar Jus Oren Sunquick
  • (20 gram) kismis
  • 2 tangkai Daun sup
  • Air (secukupnya)

Langkah-langkah

1

Cara penyediaan: 

Cuci terlebih dahulu beras basmati dan rendam dalam 30 minit. Kemudian masukkan serbuk kunyit dan dibiar rendam 

2

Panaskan minyak sapi, daun pandan, buah pelaga, bunga lawang dan kacau sampai naik bau.

3

Kemudian masukkan bawang merah, bawang besar dan bawang putih dan tumis sehingga naik bau dan keperangan.

4

Toskan beras tadi dan masukkan kedalam kuali, gaul selama 3 – 4 minit. Gaul sebati.

5

Kemudian pindahkan kedalam periuk nasi, masukkan susu cair, satu sudu sunquick , kismis dan daun sup. Kemudian masukkan air.

6

Masukkan 1 kiub Pati Ayam Knorr dan kacau sehingga sebati sebelum masak. Kemudian masak macam nasi biasa.

7

Siap di hidangkan.

Exit mobile version