Bahan-bahan
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Pilih saiz
Pilih peruncit
Pilih peruncit
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Pilih saiz
Pilih peruncit
Pilih peruncit
Pilih peruncit
Pilih peruncit
Untuk Nasi Kunyit
-
1 sudu teh Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
-
160 g Beras
-
700 ml Air
-
250 ml Santan
-
½ sudu teh Serbuk Kunyit
Untuk Sambal Hijau
-
50 g Cili hijau, didadu kasar
-
40 g Bawang merah, didadu kasar
-
1 ulas Bawang putih
-
2 sudu besar Minyak masak
-
20 g Ikan Bilis Goreng
Untuk Sambal Sotong
-
30 g Bawang besar, dihiris
-
200 g Sotong, dipotong jejari ½”
-
100 g Pes sambal
-
¼ cawan Air
-
1 sudu besar Minyak Masak
Untuk Telur Dadar
-
¼ sudu teh Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
-
1 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
-
2 biji Telur
-
1 sudu besar Minyak masak
-
1 batang Timun Jepun saiz kecil, dihiris 4
-
5 helai Daun pisang
Langkah-langkah
Untuk nasi kunyit, campur semua bahan-bahan sehingga sebati dan masak mengikut arahan pada periuk nasi.
Untuk sambal hijau, tumis pes kasar sehingga wangi dan ketepikan.
Untuk sambal sotong, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga empuk. Seterusnya, masukkan pes sambal dan air, tumis selama 30 saat. Masukkan sotong dan terus masak sehingga sotong masak sepenuhnya. Ketepikan.
Untuk telur dadar, pukul semua bahan-bahan sehingga sebati. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur. Angkat dan biar menjadi sejuk, kemudian potong menjadi jalur halus. Ketepikan.
Didihkan air di dalam periuk dan lecur daun pisang selama 30 saat. Toskan dan lap kering kedua-dua belah daun pisang.
Untuk menghidang, gulung daun pisang menjadi bentuk kon dan ketatkan bahagian bawah dengan pencungkil gigi. Masukkan 1 sudu besar sambal hijau ke dalam kon, diikuti dengan sedikit nasi kunyit dan mampatkan nasi dengan menggunakan sudu.
Seterusnya, masukkan sedikit sotong, diikuti dengan nasi kunyit dan mampatkan lagi. Kemudian, masukkan timun, diikuti dengan sedikit jaluran telur, sedikit nasi kunyit dan mampatkan. Akhirnya, tutup bahagian atas kon dengan melipatkan daun pisang dengan ketat dan tetapkan dengan pencungkil gigi. Ulangi langkah untuk bahan-bahan yang selebihnya.