Resipi Pai Periuk Sup Ayam - Nak Makan Apa?

Resipi Pai Periuk Sup Ayam

Simpan ke kegemaran anda

Hidangan 'pot-pie' terkenal bersama twist perisa sup ayam. Cubalah hari ini untuk menawankan lagi hati seisi keluarga.

2jam 15minit
2 Hidangan
Sederhana - Medium
Nak Makan Apa|September 7, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk sup

  • 2 camca camca besar minyak sayuran, dibahagikan
  • 4 paha ayam tanpa tulang, tanpa kulit
  • Garam dan lada hitam
  • 3 bawang merah, dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 camca besar tepung gandum
  • 500 ml air mendidih
  • 2 biji kentang bersaiz sederhana, dikupas dan dicincang menjadi kepingan 1 inci
  • 200 g sayuran hijau seperti choy sum, bok choy, selain itu anda boleh menggunakan bayam
  • 3 pokok daun bawang, dihiris halus

Untuk doh/pastri

  • 225 g mentega tanpa garam, yang sejuk
  • 225 g keju krim, yang sejuk
  • 1 camca besar gula
  • ½ sudu teh garam laut halus
  • 320 g tepung gandum
  • 1 kuning telur dicampur dengan 1 camca besar air sejuk, untuk pelicau telur

Untuk hiasan

  • Segenggam besar ketumbar
  • 1 cili hijau, dihiris halus
  • Segenggam besar tauge
  • 25 g bawang goreng

Langkah-langkah

1

Untuk membuat isi sup, panaskan 1 camca besar minyak sayuran di dalam pan yang besar sehingga panas, kemudian tambahkan paha ayam dan masak di setiap sisi selama 4 minit – atau sehingga keemasan. Alihkan paha daripada pan dan tambahkan percikan air untuk deglas kuali, kemudian masukkan bawang merah dan baki 1 camca besar minyak sayuran, kecilkan api dan tumiskan bawang merah selama 5 minit sehingga layu, kemudian tambahkan bawang putih dan tepung gandum dan masak selama 1 minit.

2

Masukkan Kiub Pati Ayam Knorr ke dalam air mendidih dan gaulkan, kemudian masukkan ayam kembali ke dalam pan, tutup dengan penutup dan masak dengan api yang perlahan selama 45 minit – 1 jam sehingga ayam menjadi lembut dan dimasak sepenuhnya. Keluarkan dan carik-carik paha kemudian masukkan kembali ke dalam sos. Kemudian dikacau kentang, sayuran dan daun bawang dengan sempurna dan biarkan sejuk.

3

Untuk membuat pastri, pukul mentega dan keju krim pada kelajuan sederhana tinggi di dalam pengadun berdiri, sehingga diadun dengan sempurna. Tambahkan garam dan gula ke campuran mentega dan krim keju dan kacau sebati. Korek sisi mangkuk dan tambah tepung gandum, gaulkan pada tetapan yang rendah sehingga pastri mempunyai tekstur berumbai dan tidak bergabung dengan sepenuhnya.

4

Alihkan adunan ke atas permukaan bertepung dan uli beberapa kali untuk sebatikan kemudian potong menjadi dua bahagian yang sama rata. Bentuk kedua-dua bahagian ke bentuk cakera dan tutupkan menggunakan cling wrap kemudian letakkan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digolekkan.

5

Untuk membuat pai, panaskan oven ke 200 C / 180 C. Bahagikan campuran sup ayam di antara 2 mangkuk tahan panas. Gulungkan cakera pastri kepada angaran 1 sentimeter tebal dan potong bulatan daripada pastri yang beranggaran 1 sentimeter lebih lebar daripada mangkuk tahan panas anda. Letakkan cakera pastri ke atas sup dan gunakan ibu jari dan jari telunjuk anda untuk kelimkan bucu pastri.

6

Bakarkan pai di dalam ketuhar selama 20 – 25 minit, sehingga pastri bangkit dan menjadi keemasan dan inti sudah dipanaskan sepenuhnya. Sementara pai berada di dalam ketuhar, campurkan bersama bahan-bahan hiasan ke dalam mangkuk untuk ditaburkan.

7

Setelah dimasak, keluarkan pai dari ketuhar dan hiasankan dengan bahan-bahan hiasan kemudian dihidangkan segera.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.