Platter Sayuran Panko - Nak Makan Apa?

Platter Sayuran Panko

Simpan ke kegemaran anda

30min
6 Hidangan
Ringkas - Easy
NMA Team|Mei 23, 2022

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Hellmann's Miso Ponzu
Hellmann's Miso Ponzu
Beli dalam talian
  • 4 sudu besar Hellmann's Miso Ponzu
  • 4 Biji Telur
  • 1 cawan Tepung serbaguna
  • 2 cawan Serbuk roti panko
  • 1 batang Zucchini hijau saiz sederhana, potong serong 1”
  • 1 batang Terung saiz sederhana, potong serong 1”
  • 2 Ubi keledek oren, potong serong 1”
    Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah

1

Di dalam mangkuk, pukul telur dan sos Hellmann’s Miso Ponzu sehingga sebati.

2

Letakkan tepung serbaguna dan serbuk roti di dalam dua mangkuk yang berasingan.

3

Ambil sekeping sayuran dan rendamkan di dalam campuran telur, kemudiannya disalut dengan tepung dan rendamkan sekali lagi di dalam campuran telur. Akhirnya, disalut dengan serbuk roti panko. Ulangi langkah sehingga semua sayuran telah disalut.

4

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng kepingan sayuran secara bergiliran.

5

Hidangkan panas dengan Hellmann’s Miso Ponzu.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.