Popiah Carbonara - Nak Makan Apa?

Popiah Carbonara

Simpan ke kegemaran anda

35minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Oktober 11, 2022 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 12 -15 helai Kulit popiah (190mm x 190mm)
  • 8 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 170 g Dada ayam, didadu
  • 60 g Bawang besar, dicincang
  • 100 g Cendawan butang, didadu
  • 1 sudu teh Oregano
  • ½ sudu teh Lada hitam kasar
  • ½ sudu teh Paprika
  • ½ cawan Susu
  • Secubit Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah

1

Panaskan Lady’s Choice Mayonis Sebenar di dalam kuali dan tumis bawang besar serta dada ayam sehingga masak sepenuhnya. 

2

Masukkan cendawan, oregano, serbuk lada hitam, paprika, Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu dan susu. Gaul sehingga rata. Ketepikan untuk dibiar sejuk. 

3

Ambil sehelai kulit popiah dan letakkan satu sudu besar inti carbonara pada salah satu penjuru dan gulungkan kulit popiah. Ulangi langkah untuk inti yang selebihnya. 

4

Goreng popiah pada suhu sederhana tinggi sehingga kuning keemasan. Hidangkan serta merta 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.