Popiah Mini Mayo - Nak Makan Apa?

Popiah Mini Mayo

Simpan ke kegemaran anda

Resipi Popiah Mini Mayo yang popular cukup mudah untuk dibuat sendiri dan sedap dihidang bersama masakan lain. Yang tak pandai masak boleh cuba juga.

1jam
5 Hidangan
Sederhana
Nak Makan Apa|Oktober 4, 2019

Bahan-bahan

Lady's Choice Mayonis Sebenar
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
  • 1 sengkuang, dihiris kasar
  • 40 g lobak merah, hihiris nipis
  • 50 g taugeh
  • 1 bawang, dicincang halus
  • 5 ulas bawang putih, dicincang halus
  • ½ sudu besar minyak masak
  • gula, garam dan serbuk lada putih secukup
  • sedikit air
  • kulit popiah
  • minyak untuk menggoreng
  • 2 sudu teh tepung jagung + 2 sudu besar air

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Masak hampir empuk.

2

Masukkan taugeh, sedikit air dan didih selama 30 minit. Masukkan Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan perasa dengan gula, garam dan serbuk lada putih.

3

Letakkan kulit popiah di atas permukaan yang bersih, sudukan inti popiah dan balut dangan kemas.

4

Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung.

5

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popiah sehingga kuning keemasan dan rangup. Angkat untuk tos minyak.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.