Bahan-bahan
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Pilih saiz
Lady's Choice Mayonis Sebenar 50ml
Pilih peruncit
Lady's Choice Mayonis Sebenar 280ml
Pilih peruncit
Lady's Choice Mayonis Sebenar 220ml
Pilih peruncit
Lady's Choice Mayonis Sebenar 470ml
Pilih peruncit
-
4 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
-
2 sudu besar minyak masak
-
1 labu bawang besar, dipotong dadu
-
2 ulas bawang putih, dicincang halus
-
300 g isi dada ayam, dipotong dadu
-
4 keping roti Tortilla
-
1 cawan cendawan, dihiris nipis
-
½ cawan lada benggala merah, dipotong dadu
-
½ cawan lada benggala kuning, dipotong dadu
-
½ cawan lada benggala hijau, dipotong dadu
-
1 sudu teh serpihan cili (jika suka)
-
1 sudu teh serbuk jintan putih
-
1 sudu teh campuran herba (mixed herbs)
-
½ cawan keju cheddar, diparut
-
½ cawan keju mozzarella, diparut
-
Garam dan lada hitam secukup rasa
Langkah-langkah
1
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang dan bawang putih, goreng sehinga lembut.
2
Kemudian masukkan isi ayam dan kacau selama 1-2 minit, masukkan, cendawan, lada benggala, serpihan cili, serbuk jintan putih, campuran herba, garam dan lada hitam. Teruskan kacau sehingga sebati dan masak sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
3
Untuk menyediakan quesadilla, sapukan Mayonis Sebenar Lady’s Choice ke atas permukaan roti tortilla. Pada satu separuh tortilla, taburkan keju-keju, kemudian taburkan campuran ayam dan taburkan sedikit lagi keju.
4
Lipat separuh dan leperkan sedikit. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 160°C selama 18-20 minit. Hidangkan.