Resipi Resipi Quesadilla Ayam & Cendawan - Nak Makan Apa?

Resipi Quesadilla Ayam & Cendawan

Simpan ke kegemaran anda

Quesadilla Ayam & Cendawan yang ringkas dibuat & sedap dimakan. Cubalah. Lepas cuba, pasti mau lagi...

50minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~550kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Januari 2, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 labu bawang besar, dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 300 g isi dada ayam, dipotong dadu
  • 4 keping roti Tortilla
  • 1 cawan cendawan, dihiris nipis
  • ½ cawan lada benggala merah, dipotong dadu
  • ½ cawan lada benggala kuning, dipotong dadu
  • ½ cawan lada benggala hijau, dipotong dadu
  • 1 sudu teh serpihan cili (jika suka)
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh campuran herba (mixed herbs)
  • ½ cawan keju cheddar, diparut
  • ½ cawan keju mozzarella, diparut
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang dan bawang putih, goreng sehinga lembut.

2

Kemudian masukkan isi ayam dan kacau selama 1-2 minit, masukkan, cendawan, lada benggala, serpihan cili, serbuk jintan putih, campuran herba, garam dan lada hitam. Teruskan kacau sehingga sebati dan masak sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.

 

3

Untuk menyediakan quesadilla, sapukan Mayonis Sebenar Lady’s Choice ke atas permukaan roti tortilla. Pada satu separuh tortilla, taburkan keju-keju, kemudian taburkan campuran ayam dan taburkan sedikit lagi keju.

 

4

Lipat separuh dan leperkan sedikit. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 160°C selama 18-20 minit. Hidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

Lengkapkan sarapan anda dengan meminum segelas susu segar atau jus buah segar tanpa tambahan gula.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.