Rendang Tok - Nak Makan Apa?

Rendang Tok

Save to your favorites

2h 30min
8 Servings
Sukar - Hard
Nak Makan Apa|May 15, 2021

Bahan-Bahan

Needed for this recipe:
Knorr All in One Seasoning
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Buy online

Bahan A

  • 1 kg Daging - dipotong kiub saiz sederhana
  • 5 sudu besar Cili kering kisar
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 3 inci Biji buah pelaga
  • 5 biji Bawang merah - dihirs
  • 3 ulas Bawang putih - dihiris

Untuk Bahan B dikisar halus

  • 5 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 5 batang Serai

Untuk Bahan C

  • 1 sudu besar Jintan kasar/jintan manis
  • 1 susu besar Jintan halus/jintan putih
  • 1 sudu besar Biji ketumbar

Bahan D

  • 3 sudu besar Kerisik
  • 1 keping/ (90 gram) Gula Melaka
  • 1½ helai Daun kunyit - dihirs
  • 1 kg Santan segar pekat
  • 1 keping Asam keping
  • Sedikit belacan pilihan
  • Sedikit Gula

Langkah-Langkah

1

Cara penyedian: 

Bahan C digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus.

2

Satukan bahan A, B dan C ke dalam periuk. Gaul dan perap dengan daging selama 4 jam. 

Nota: lebih sedap jika diperap semalaman.

3

Masak atas api perlahan sehingga air kering. Kemudian, masukkan santan.

4

Kacau atas api perlahan selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka dan sedikit garam.

5

Kacau sehingga daging mula empuk dan berwarna agak hitam dan kering dan supaya tidak hangit.

6

Akhir sekali masukkan asam keping dan daun kunyit. Tambah garam, jika perlu Kacau rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.