Resepi Bebola Daging Rasa Kari & Keju - Nak Makan Apa?

Resepi Bebola Daging Rasa Kari & Keju

Simpan ke kegemaran anda

Cubalah resepi bebola daging rasa kari & keju ini yang pasti menambat hati sekeluarga!

35minit
5 Hidangan
Ringkas - Easy
~400kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Januari 24, 2021 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bebola daging

  • 500 g Daging, dikisar
  • ¼ batang Lobak merah, didadu kecil
  • 1 sudu besar Sos Lea & Perrin
  • ½ cawan Serbuk roti
  • 1 biji Kuning telur
  • ½ sudu teh Campuran herba
  • 1 sudu teh Serbuk lada hitam

Untuk sos

  • 1 sudu besar Mentega
  • 60 g Bawang Bombay, dihiris
  • 20 g Bawang putih, dicincang
  • 2 tangkal Daun kari
  • 2 sudu besar Serbuk kari
  • 40 ml Air
  • 250 g Krim rendah lemak
  • 25 g Keju cheddar
  • Hirisan cili padi untuk hiasan

Langkah-langkah

1

Untuk bebola daging, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan bentukkan campuran kepada bebola-bebola sebesar 1½ inci. Letakkan bebola daging di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180˚C selama 8 minit atau sehingga masak.

2

Untuk sos, cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang Bombay, bawang putih dan daun kari sehingga wangi. Kemudian, masukkan air, krim, Kiub Daging Knorr dan keju. Kacau sehingga sebati dan reneh sehingga sos pekat. Akhirnya, masukkan bebola daging dan kacau sehingga sebati.

3

Hiaskan dan hidang bersama kentang putar, pasta atau nasi putih.

Decorative Image

Tips nutrisi

Daging membekalkan protein and zat besi. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. Zat besi adalah faktor dalam pembentukan sel darah merah.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.