Resepi Latte Teh Halia & Kelapa Kaw - Nak Makan Apa?

Resepi Latte Teh Halia & Kelapa Kaw

Simpan ke kegemaran anda

Cubalah resepi minuman Latte Teh Halia & Kelapa Kaw ini yang mampu membawa anda seolah - olah bercuti di tepi pantai dengan keenakkannya.

35min
3 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Januari 5, 2021 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lipton Kaw Potbag
Lipton Kaw Potbag
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 600 ml Air
  • 20 g Halia, diparut
  • 60 g Gula melaka + 20ml air
  • 200 ml Santan
  • Kiub ais

Langkah-langkah

1

Masukkan air, halia dan Lipton Kaw Potbag di dalam periuk dan biar didih. Angkat dan bancuh campuran teh selama 30 minit. Tapiskan campuran teh dan biar sejuk.

2

Untuk sirap gula Melaka, panaskan campuran gula Melaka sehingga gula larut sepenuhnya.

3

Isi gelas dengan kiub ais, tuangkan sirap gula Melaka, campuran teh dan santan. Kacau sehingga sebati dan sedia dihidangkan.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.