Resipi Bebola Ayam - Nak Makan Apa?

Resipi Bebola Ayam

Simpan ke kegemaran anda

Anak-anak muda anda pasti mengemari makan tengahari atau makan malam, dengan masakan Bebola Ayam yang terenak sekali.

55minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~250kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Februari 6, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

Ayam Bebola

  • 300 g ayam dicincang
  • ½ batang lobak berah, didadu
  • 1 cili merah, biji dikeluarkan dan didadu
  • ½ batang saderi, didadu
  • ½ sudu teh kicap
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada putih

Sup

  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 2 ulas bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inci halia yang muda, dihiris
  • 1 batang kayu manis kecil
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 sudu teh serbuk daun ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan
  • 1000 ml air
  • 1 biji kentang saiz sederhana, didadu
  • 1 batang lobak merah, dihiris
  • 2 cili
  • 1 batang saderi, dihiris
  • 6 biji cendawan butang, dipotong empat
  • 1 sudu besar lada putih (tambah lebih kalau suka)
  • Garam secukup rasa

Hiasan

  • Daun sup, dicincang kasar
  • Bawang goreng

Langkah-langkah

1

Gaulkan semua bahan ayam barbola dalam satu mangkuk. Perap dalam peti sejuk untuk 20 minit.

2

Panaskan minyak sayuran dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia untuk beberapa minit. Masukkan kayu manis, bunga lawang, serbuk daun ketumbar dan serbuk jintan. Gaul dengan baik

3

Seterusnya, tambahkan air, Kiub Pati Ayam Knorr dan biarkan ia mendidih. Masukkan ayam barbola dengan perlahan-lahan. Apabila ayam barbola mula terapung, masukkan kentang, lobak merah dan cili.

4

Apabila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan saderi dan cendawan. Masukkan garam dan lada putih secukup rasa.

5

Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan selagi panas.

Decorative Image

Tips nutrisi

Hidangan sup ini mengandungi pelbagai nutrien seperti protein (dari ayam), vitamin dan mineral (daripada rempah ratus dan sayuran). Protein adalah penting untuk tumbesaran dan perkembangan. Vitamin dan mineral diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.