Nasi Goreng Cina

25minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Knorr Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan

Bahan - Bahan

  • ½ sudu besar Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 400 g Nasi
  • 80 g Kacang Panjang, didadu
  • 80 g Lobak merah, didadu
  • 160 g Udang, dibersihkan
  • 30 g Cendawan shitake kering, direndam dalam air dan didadu
  • 3 Telur
  • 15 g Bawang putih, dicincang
  • 10 g Halia, dicincang
  • 4 sudu besar Minyak masak
  • 2 sudu besar Minyak bijan

Untuk Hiasan

  • 30 g Daun bawang, dihiris

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kacang panjang dan cendawan sehingga wangi.

2

Masukkan udang dan goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.

3

Buatkan satu perigi di tengah kuali, masukkan minyak bijan dan telur. Kecilkan api dan tutup telur dengan nasi. Masak selama 30 saat.

4

Besarkan api, hancurkan telur perlahan-lahan dan kacau sebati dengan nasi. Tambahkan Knorr Pasti Sedap dan kacau sehingga sebati. Hias dengan daun bawang dan hidangkan panas.

Exit mobile version