Roti Ayam Goreng Berempah dengan Caesar

15minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Hellmann’s Smoky Caesar
  • 400 g Paha ayam penuh tanpa tulang dan kulit

Untuk Perapan Ayam

  • 1 sudu besar Serbuk cili
  • ½ sudu besar Serbuk kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Jintan putih
  • ½ sudu besar Serbuk Jintan manis
  • 20 g Halia, dicincang
  • 20 g Bawang merah, dicincang
  • 20 g Bawang putih, dicincang
  • 4 sudu besar Tepung jagung
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar Minyak masak (ikut kesukaan)
  • 8 keping Roti gandum penuh
  • 2 cawan Daun salad
  • 1 batang Timun Jepun, dihiris
  • 1 biji Tomato. dihiris
  • Minyak masak untuk menggoreng

Langkah-langkah

1

Leperkan paha ayam dengan pemukul dan perap dengan perapan ayam selama 30 minit di dalam peti sejuk. 

2

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak sepenuhnya. Ketepikan untuk dibiar sejuk. 

3

Untuk menghidang, sapukan sedikit Hellmann’s Smoky Caesar di atas roti. Kemudiannya, letakkan timun dan tomato di atas roti dan diikuti dengan ayam dan daun salad. Akhirnya, taburkan sedikit Hellmann’s Smoky Caesar di atas dan tutup dengan sekeping roti lagi. Potong separuh dan hidangkan serta-merta. 

Exit mobile version