Resipi Roti Bebola Ayam Senang - Nak Makan Apa?

Resipi Roti Bebola Ayam Senang

Simpan ke kegemaran anda

Mencari inspirasi baru buat hidangan anak dirumah? Cubalah resepi sub bebola ayam ini yang senang lagi menyelerakan!

25minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
470kcal
Nak Makan Apa|September 26, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Ayam
Lady's Choice Sapuan Ayam
Beli dalam talian
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bebola:

  • 300 g Dada ayam, dicincang
  • ¼ cawan Serbuk roti
  • 1 sudu teh Campuran herba
  • 2 ulas Bawang putih, dicincang
  • 4 Roti sosej dengan mentega tanpa garam
  • 1 cawan Daun bayam muda
  • ½ cawan Parutan keju parmesan dan keju cheddar
  • Minyak masak untuk goreng

Untuk sos:

Langkah-langkah

1

Campurkan semua bahan-bahan untuk bebola hingga sebati. Bahagikan campuran kepada 12 dan bentukkan bebola. Gorengkan bebola hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

2

Di dalam kuali yang sama, rendahkan api dan masukkan puri tomato, Lady’s Choice Sapuan Ayam, Lady’s Choice Mayonis Sebenar, air, perisakan dengan serbuk lada sulah. Panaskan hingga mendidih. Kemudian, masukkan bebola dan reneh hingga masak sepenuhnya.

3

Potong roti sosej dari atas, susunkan daun bayam muda dan 3 biji bebola di atas. Taburkan sos dan hias dengan keju. Sedia dihidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Tambahkan daun salad kerana daun salad mengandungi nutrien yang baik untuk kesihatan seperti antioxidan. Roti sosej boleh diganti dengan roti gandum kerana roti gandum mengandungi lebih serat diet.
  • Lengkapkan hidangan anda dengan jus buah-buahan segar tanpa gula atau susu segar.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.