Bahan-bahan
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Pilih saiz
Pilih peruncit
Pilih peruncit
Pilih peruncit
Pilih peruncit
Ingredients
-
4 keping Roti prata/canai sejuk beku
-
8 buah Telur
Untuk inti daging
-
50 g Bawang besar, dicincang halus
-
3 keping Burger ayam
-
3 sudu besar Kicap manis pedas
Untuk Hiasan
-
8 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
-
Daun bawang, dicincang
Langkah-langkah
Panaskan kuali tidak melekat pada suhu rendah dan tumis bawang besar untuk beberapa saat, masukkan burger ayam dan pecahkan menjadi ketulan kecil. Goreng sehingga ayam masak sepenuhnya dan masukkan kicap manis pedas. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Seterusnya, ambil sekeping roti prata sejuk beku dan potong roti kepada 8 bahagian berbentuk segitiga yang sekata dengan meninggalkan ruang 1” dari hujung roti. Dari bahagian tengah roti yang dipotong, gulungkan hujung sigitiga ke atas dengan ringan menghala ke bahagian luar roti prata. Ulangi untuk segitiga yang lain.
Kemudiannya, di dalam satu kuali yang disapu dengan sedikit minyak, goreng roti prata dengan permukaan yang digulung menghala ke bawah pada suhu yang paling rendah sehingga kuning keemasan dan terbalikkan roti.
Pecahkan 2 bji telur di dalam ruang kosong bahagian tengah roti dan masak telur pada suhu rendah dan tutup kuali dengan penutup selama 1 minit.
Akhirnya, angkat dan letakkan di atas pinggang. Taburkan 2 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas telur dan tuangkan inti daging di sekeliling bersama daun bawang cincang. Enak dihidangkan bersama kari kacang lentil.