Resipi Roti Gulung Ayam Tomato Pedas

25minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Roti Gulung Ayam Tomato Pedas

Roti Gulung Ayam Tomato Pedas (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Ayam
  • 300 g Daging ayam
  • 300 g Puri tomato (tanpa garam)
  • 3 sudu besar Paprika
  • 2 biji Cili padi, dicincang
  • 1 sudu besar Minyak masak
  • 4 keping Roti tortila
  • Daun salad
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Untuk salsa tomato:

  • 250 g Tomato ceri, didadu
  • 1 Timun jepun, didadu
  • 1 Bawang besar, didadu
  • 2 sudu besar Daun ketumbar, dicincang
  • 1 biji Jus limau nipis
  • 1 sudu teh Gula perang
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Langkah-langkah

1

Perapkan daging ayam dengan puri tomato, paprika, cili padi, Lady’s Choice Mayonis Sebenar, garam dan serbuk lada hitam selama 10-20 minit.

2

Di dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan-bahan untuk salsa tomato sehingga sebati. Ketepikan.

3

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan hiris setelah ayam sejuk.

4

Sapukan 1 sudu besar Lady’s Choice Sapuan Ayam ke atas roti tortilla. Letakkan daun salad di atas ia. Diikuti dengan daging ayam dan taburkan salsa tomato di atas ia. Gulung dan balut ketat. Sedia dihidangkan.

Exit mobile version