Salad Ayam Blueberry dan Epal

10minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Blueberry Apple and Chicken Salad

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Hellmann's Blueberries & Lime
  • 400 g Dada ayam tanpa kulit, dibelah dua
  • 1 sudu teh Serbuk bawang putih
  • 1 sudu teh Serbuk bawang besar
  • ½ sudu teh Garam
  • 1 sudu besar Serbuk paprika
  • 1 biji Epal hijau saiz besar, didadu
  • 2 biji Epal merah saiz sederhana, dihiris nipis
  • 125 g Blueberi
  • 120 g Daun salad, dihiris nipis
    Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah

1

Perap ayam dengan serbuk bawang putih, serbuk bawang besar, garam dan serbuk paprika selama 30 minit. Kemudiannya, goreng dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan, dihiris dan ketepikan.

2

Di dalam mangkuk hidangan, susun daun salad di bahagian bawah, diikuti dengan epal dan blueberri.

3

Letakkan hirisan ayam di atas dan taburkan Hellmann’s Blueberries & Lime yang secukupnya. Hidangkan serta-merta.

Exit mobile version