Resipi Salad Quinoa berkulit Inari - Nak Makan Apa?

Resipi Salad Quinoa berkulit Inari

Simpan ke kegemaran anda

Hidangkan kelainan di rumah anda hari ini dengan resepi salad quinoa ini menggunakan kulit tofu jepun ini, atau lebih dikenali sebagai Inari. Enak dan juga mempunyai banyak khasiat.

20minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~550 kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Oktober 26, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Hellman's Roasted Sesame
Hellmann’s Roasted Sesame
Beli dalam talian
Lady's Choice Sapuan Tuna
Lady's Choice Sapuan Tuna
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk topping:

  • 200 g Udang, rebus dan campur dengan 1-2 sudu teh Hellmann’s Roasted Sesame
  • 2 Telur, disediakan secara telur hancur dengan 1 sudu besar Hellmann’s Roasted Sesame
  • 1 Avocado, dihiris
  • 3 Lobak merah muda, dihirs
  • 1 Tomato, didadu
  • 20 g Beri biru
  • 20 g Wakame (rumput laut diperasa)
  • 1 Naturomaki (kek ikan jepun), dihiris
  • Bijan hitam untuk hiasan

Langkah-langkah

1

Masak quinoa mengikut arahan pada paket dan biarkan sejuk. Kemudian, campur dengan Hellmann’s Roasted Sesame Dressing, garam dan serbuk lada sulah sehingga sebati.

2

Buka kulit tofu inari dengan lembut dan sudukan campuran quinoa ke dalam poket. Taburkan sedikit Sapuan Tuna Lady’s Choice dan susunkan topping di atas mengikut kesukaan peribadi.

3

Hiaskan dengan bijan hitam dan sedia dihidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Quinoa mengandungi magnesium and manganese. Magnesium menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.
  • Wakame mengandungi folat dan magnesium. Folat berperanan dalam pembentukan sel darah merah.
  • Lemak tidak tepu boleh didapati dari avocado.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.