Resipi Sandwich Tuna Cartoon Christmas - Nak Makan Apa?

Resipi Sandwich Tuna Cartoon Christmas

Simpan ke kegemaran anda

Menjelang akhir tahun ini, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk memeriahkan lagi perayaan Christmas. Hidangkanlah resepi Sandwic Tuna Cartoon Christmas ini untuk keluarga anda.

20minit
8 Hidangan
Ringkas
300kcal
Nak Makan Apa|Disember 12, 2020

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Tuna
Lady's Choice Sapuan Tuna
  • 16 keping Roti mil penuh
  • ¾ cawan Keju krim
  • 1 tin Ketulan tuna, tapiskan air
  • 3 keping Cincin nanas, dicincang
  • ½ Timun, dihiris
  • ½ Lobak merah, dihiris
  • 4 Tomato ceri, dibelah dua
  • 8 Pretzel (tanpa garam)
  • Secubit lada hitam

Tips nutrisi

  • Tuna adalah sumber bagi protein. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.
  • Sediakan sayuran yang berlebihan untuk si manja anda, and hidangkan sandwich ini dengan jus buah-buahan segar tanpa gula.

Langkah-langkah

1

Di dalam mangkuk besar, campurkan keju krim, tuna dan Sapuan Tuna Lady’s Choice sehingga sebati.

2

Masukkan nanas dan lada hitam. Campur sehingga sebati.

3

Untuk membentuk sandwic, potong roti dengan cookies cutter Sapukan campuran tuna di atas sekeping roti. Letakkan timun dan lobak merah di atas. Akhirnya, tutup dengan sekeping roti lagi. Hias sandwic dengan tomato and pretzels. Ulang angkah sehingga roti habis.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.