Resipi Sandwich Ayam Teriyaki dengan Coleslaw Sos Bijan - Nak Makan Apa?

Resipi Sandwich Ayam Teriyaki dengan Coleslaw Sos Bijan

Simpan ke kegemaran anda

Gemar dengan perisa makanan Jepun? Cubalah resepi Sandwich ayam teriyaki ini yang diperkayakan dengan coleslaw sos bijan. Ia pasti menjadi pujaan hati seisi keluarga!

25minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
420kcal/hidangan
Nak Makan Apa|Oktober 26, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Ayam
Lady's Choice Sapuan Ayam
Beli dalam talian
Hellman's Roasted Sesame
Hellmann’s Roasted Sesame
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk sos teriyaki:

  • ¼ cawan Air
  • 2 sudu besar Kicap cair
  • 2 sudu besar Madu
  • 1½ sudu besar Gula perang
  • 1 sudu besar Cuka beras
  • 2 sudu teh Halia, dicincang
  • 2 ulas Bawang putih, dicincang

Untuk coleslaw:

  • ½ cawan Kubis ungu, dihiris
  • ½ cawan Lobak merah, dihiris
  • 1 cawan kubis, dihiris
  • ½ cawan Daun bawang, dicincang
  • 2 sudu besar Cuka
  • Serbuk lada sulah secukup rasa

Langkah-langkah

1

Untuk sos teriyaki, gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Ketepikan.

2

Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana dan goreng ayam sehingga warna kekuningan.

3

Masukkan campuran sos teriyaki, biarkan mereneh dan memekat. Ketepikan.

4

Untuk coleslaw, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Ketepikan.

5

Untuk menghidang, hiriskan roti dan sapu roti untuk topping dengan Lady’s Choice Sapuan Ayam dan roti untuk bahagian bawah dengan Hellman’s Roasted Sesame Salad Dressing. Susunkan daun salad bayam hijau muda di atas roti, diikuti dengan ayam teriyaki dan coleslaw. Taburkan bijan putih ke atas ia. Tutup dengan roti dan sedia dihidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Bayam hijau mengandungi nutrien yang berlainan seperti vitamin C, folat, zat besi dan magnesium. Vitamin C menyumbang bagi penyerapan zat besi dari makanan. Folat membantu dalam pertumbuhan. Zat besi adalah faktor dalam pembentukan sel darah merah. Magnesium menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.
  • Hidangkan sandwich dengan susu segar atau jus buah-buahan yang segar tanpa gula.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.