Sandwich Buah-Buahan - Nak Makan Apa?

Resipi Sandwich Buah-buahan

Simpan ke kegemaran anda

Kalau inginkan kelainan, resipi Sandwich Buah lah jawapannya! Sandwich ini istimewa sikit, memang sangat sesuai jika dihidang kepada tetamu.

20min
2 Hidangan
Ringkas - Easy
~300kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Februari 24, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

  • 38 g strawberi, dihiris
  • 38 g blueberi
  • 37 g tembikai susu, didadu
  • 37 g buah naga putih, didadu
  • 30 g madu
  • 4 keping roti putih, sisinya dipotong

Langkah-langkah

1

Gaulkan strawberi, blueberi, tembikai susu, buah naga putih, Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan madu dalam satu mangkuk.

2

Bahagikan campuran buah-buahan kepada 2 keping roti. Letakkan satu keeping lagi roti di atas campuran buah-buahan.

3

Potongkan sandwich kepada dua. Hidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Hasilkan sandwich yang berwarna-warni dengan buah-buahan kegemaran anda. Setiap buah dengan warna yang berlainan mengandungi antioksidan yang berbeza. Antioksidan penting untuk kesihatan badan seperti mengurangkan inflamasi.
  • Lengkapkan sarapan anda dengan minum segelas susu segar.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.