Resipi Sate Kebab Dengan Roti Bakar - Nak Makan Apa?

Resipi Sate Kebab Dengan Roti Bakar

Simpan ke kegemaran anda

5jam
4 Hidangan
Sederhana - Medium
~300kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Julai 5, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk Sate Ayam

  • 300 gram daging ayam bahagian paha (tanpa tulang & tanpa kulit)
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 batang serai, bahagian putih sahaja, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang kasar
  • 3 bawang merah kecik, dikupas dan dicincang kasar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk cili
  • ½ sudu kecil sos kicap cair
  • 1 sudu besar gula melaka, dihancurkan atau dikisar menjadi serbuk

Kuah kacang

  • 2 batang serai, bahagian putih sahaja, dihiris
  • 2 sentimeter lengkuas, dikupas dan dicincang kasar
  • 2 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang kasar
  • 2 batang lada kering
  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 2 bawang merah, dikupas dan dicincang halus
  • 150 gram mentega kacang
  • 150 mililiter air
  • 3 sudu kecil sos kicap
  • 25 gram kacang tanah, disangai dan dicincang
  • 2 sudu besar gula melaka, dihancurkan atau dikisar
  • 1 sudu besar air asam jawa

Untuk menghidang

  • 8 kepingan roti putih
  • 2 batang timun kecil
  • 2 labu kecil bawang merah
  • 2 batang lobak merah kecil
  • 1 pokok salad aisberg
  • 24 pencucuk (12 direndam di dalam air, jika berkayu)

Langkah-langkah

1

Penyediaan sate ayam: Potong paha ayam menjadi hirisan tipis berukuran 1 sentimeter.

2

Masukkan minyak, serai, bawang putih dan bawang merah ke dalam pengisar dan kisarkan menjadi pes. Tuangkan ke dalam mangkuk dan tambahkan serbuk kunyit, ketumbar, serbuk cili, sos kicap dan gula melaka.

3

Gaulkan sebati dan kemudian tambahkan hirisan paha ayam dan campurkan rata. Tutup mangkuk dengan filem lekap dan letakkan di dalam peti sejuk untuk diperapkan selama 4 jam atau semalaman.

4

Pembuatan kuah kacang: Masukkan serai, lengkuas, bawang putih dan lada ke dalam pengisar dengan 1 sudu besar air dan kisarkan sehingga menjadi pes. Asingkan ke tepi dan panaskan 1 sudu besar minyak di dalam periuk.

5

Masukkan bawang merah yang telah dicincang dan tumiskan menggunakan api kecil sehingga layu, kemudian tambahkan pes dan masak selama 3 minit, pastikan ia dikacau sentiasa.

6

Masukkan air dan sos kicap, kemudian tambahkan mentaga kacang dan kacau sehingga sebati. Masukkan kacang tanah yang telah dicincang dan gula, kemudian kacaukan di atas api yang kecil sehingga menjadi pekat.

7

Masukkan air asam jawa apabila sos berada pada kepekatan yang bersesuaian, kemudian merasai untuk air asam jawa, kicap dan gula, dan sesuaikan mengikut citarasa anda. Angkat dan ketepikan untuk disejukkan.

8

Memasak sate ayam: Panaskan pemanggang dengan api sederhana.

9

Cucukkan kepingan ayam ke bahagian atas bagi 12 pencucuk dan masakkan sedikit demi sedikit di atas pemanggang, selama 5 minit untuk setiap sisi, sehingga masak dengan sempurna dan mempunyai kesan terselar.

10

Ulangi untuk kesemua pencucuk dan asingkan ke tepi.

11

Penghidangan sate kebab ayam: Sediakan sayur-sayuran, carikkan salad, buat hirisan di sisi timun dengan berbentuk V dan dipotong menjadi kepingan berbentuk bunga.

12

Kupaskan kulit lobak merah dan buat hirisan memanjang berbentuk V sekali lagi, kemudian potong menjadi kepingan berbentuk bunga. Hiriskan bawang menjadi baji dan asingkan hirisan.

13

Bakarkan roti dan potongkan hujungnya untuk dijadikan berbentuk petak, jika perlu. Potongkan suku dan kemudian menjadi lapan bahagian, untuk menghasilkan 8 kepingan segitiga kecil. Sapukan setiap kepingan segitiga dengan Lady’s Choice Mayonis Sebenar

14

Alihkan ayam yang sudah dimasak daripada pencucuk dan hidangkan sate kebab dengan roti bakar menggunakan pencucuk yang bersih, disilih gantikan kepingan ayam dengan lobak merah, timun, bawang merah dan roti bakar yang sudah disapukan dengan Lady’s Choice Mayonis Sebenar.

15

Hidangkan bersama-sama dengan sampingan salad cincang, sayuran tambahan dan kuah kacang.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Sayur-sayuran mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
  • Ayam dan kacang mengandungi protein – nutrisi yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.