Sayur Goreng Rangup - Nak Makan Apa?

Sayur Goreng Rangup

Simpan ke kegemaran anda

Ada kalanya resipi sayur yang berlainkan akan membuahkan hasil yang tidak sama. Cubalah resipi Sayur Goreng Rangup versi Nak Makan Apa.

25minit
4 Hidangan
Ringkas
~130kcal*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Ogos 13, 2019

Bahan-bahan

Knorr SavorRich Ayam
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr SavorRich Ayam
Beli dalam talian
  • 200 g brokoli, dipotong kuntum kecil
  • 150 g kacang pea
  • 1 lobak merah, dihiris nipis
  • 1 lada Benggala merah, dihiris kasar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar Knorr SavorRich Ayam
  • 1 sudu besar kicap masin
  • ½ cawan air
  • 1 sudu teh tepung jagung + 2 sudu besar air

Langkah-langkah

1

Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga wangi.

 

2

Masukkan semua sayuran dan goreng sama rata.

 

3

Tambah Knorr SavorRich Ayam, kicap masin dan air. Biarkan mendidih atas api sederhana selama 2 – 3 minit.

 

4

Tambah bancuhan tepung jagung dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

5

Hidang panas dengan nasi.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.