Soto Ayam Madura - Nak Makan Apa?

Soto Ayam Madura

Simpan ke kegemaran anda

50minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 16, 2023 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image

Bahan untuk sup :

  • gm isi ayam (tanpa kulit)
  • 1 liter air
  • 2 inci halia - ketuk
  • 2 inci lengkuas - ketuk
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 kiub Pati Ayam Knorr Knorr Kiub Pati Ayam
  • 4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras

Bahan B:

  • Isi ayam - carik
  • 100 gm taugeh - siram air panas
  • 100 gm suhun - celur dan tos
  • 1 biji ubi kentang - potong nipis dan goreng
  • 2 biji telur rebus
  • 2 pokok daun bawang/daun sup - hiris
  • 5 biji cili padi merah- hiris
  • 2 biji limau nipis
  • 2 paket nasi impit

Langkah-langkah

1
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan halia, lengkuas, serai, daun salam dan
daun limau purut. Kacau rata.
2
Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan ayam. Tutup periuk dan reneh atas api perlahan
selama 30 minit. Perasakan dengan lada sulah dan Kiub Pati Ayam Knorr. Tutup api.
3
Keluarkan isi ayam, goreng sekejap dan carik carik.
4
Rendam ubi kentang yang dihiris dalam air dan goreng sehingga keemasan dan rangup.
5
Masa menghidang, letakkan nasi impit, suhun dan tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan sup soto. Kemudian
letakkan kentang goreng, telur rebus, daun sup, limau nipis dan cili padi.
Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.