Sotong Goreng Kicap

35minit
4 Hidangan
Sederhana - Medium

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 500 gram sotong
  • 1 biji bawang besar Holland - hiris
  • 3 tangkai cili merah - hiris serong
  • 2 tangkai cili hijau - hiris serong
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit air asam jawa
  • ½ sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1/2 - 1 sudu kecil gula

Langkah-langkah

1

Panaskan kuali dan masukkan sotong. Masak seketika sehingga air sotong keluar. Angkat dan tos.

2

Gaul rata sotong bersama serbuk Knorr Pasti Sedap dan serbuk kunyit.

3

Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong tadi.

4

Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa, gula dan kicap masin secukupnya. Kacau sebati.

5

Masukkan bawang besar hiris, hirisan lada hijau dan lada merah dan daun limau purut. Kacau rata.

6

Bila cili dan bawang mula layu, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Exit mobile version