Steak & Mushroom Sauce - Nak Makan Apa?

Steak & Mushroom Sauce

Simpan ke kegemaran anda

1h 50min
4 Hidangan
Sederhana - Medium
Nak Makan Apa|Mei 15, 2021
Decorative Image

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bahan bahan Steak

Untuk bahan bahan sos

  • 3 sudu besar Minyak zaitun extra virgin
  • 2 sudu besar Kicap manis
  • 2 sudu besar Sos Lea & Perrins
  • (80 gram) Mentega
  • (300 gram) Cendawan butang perang & putih
  • 3 ulas Bawang putih - dicincang
  • (30 gram) Tepung gandum
  • ¼ sudu kecil Thyme kering
  • ½ sudu kecil Parsley kering
  • 1 sudu kecil Lada hitam
Decorative Image

Langkah-Langkah

1

Cara penyediaan steak: 

Biarkan daging steak berada dalam suhu bilik selama sekurang kurangnya 30 minit. 

2

Tuang minyak zaitun di kedua dua permukaan daging dan lumur rata. 

3

Tabur Knorr Pasti Sedap dan sedikit serbuk lada hitam di kedua dua belah permukaan daging.

4

Panaskan cast-iron skillet.  Setelah benar benar panas dan berasap, masukkan daging steak ke dalam kuali.

5

Masak selama 3-4 minit di setiap permukaan atau sehingga keperangan mengikut ketebalan daging.

6

Jika suka, letakkan mentega yang digaul dengan bawang putih cincang di atas steak. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

7

Cara penyediaan sos cendawan: 

Hiris cendawan menjadi kepingan-kepingan yang kecil supaya cepat masak.

8

Cairkan 30 gram mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berwarna kuning pucat. Ini akan menjadi pemekat sos yang dipanggil roux dalam bahasa Perancis  disebut rux). Ketepikan dan biarkan sejuk.

9

Panaskan minyak zaitun dalam periuk dan masukkan cendawan potong. Selepas beberapa minit, air akan mula keluar dari cendawan. Bila 90% air telah keluar masukkan 50g mentega dan bawang putih cincang. 

10

Baki air akan keluar dan cendawan akan mula menggoreng di dalam mentega. Rahsia sos cendawan yang baik ialah cendawan perlu dimasak sehingga garing untuk memastikan perisa cendawan yang kuat dalam sos.

11

Sementara menunggu cendawan masak, larutkan kiub pati ayam dalam 250 ml atau 1 cawan air.

12

Bila cendawan sudah berwarna perang dan berbau harum, masukkan air pati ayam.

13

Masukkan 750 ml atau 3 cawan air dan kuatkan api sehingga mendidih dan renihkan selama 15 minit.

14

Masukkan kicap manis dan sos Lea & Perrins. Untuk pekatkan sos, masukkan pemekat sos atau roux sedikit demi sedikit sehingga sos menjadi pekat. Jangan berhenti mengacau supaya sos tidak berketul. Bila sos sudah cukup pekat jangan tambah lagi pemekat.

15

Tambah lada hitam, thyme kering dan parsley kering. Kacau rata. Sos cedawan siap untuk dihidangkan.

Tips nutrisi

  • Cendawan mengandungi vitamin B2 (riboflavin) dan niacin. Nutrisi ini diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.
  • Salad seperti lettuce, lobak merah, timun dan saderi boleh dihidangkan bersama dengan hidangan ini. Ini adalah kerana sayur-sayuran mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.