Sup Ayam - Nak Makan Apa?

Sup Ayam

Simpan ke kegemaran anda

45min
5 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mei 15, 2021
Decorative Image

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bahan bahan

  • ½ ekor ayam
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 biji Ubi kentang
  • 1 batang Lobak merah
  • 1 batang Sayur leek
  • 1 biji Buah tomato
  • 4 sudu besar Minyak masak

Untuk bahan dikisar

  • 4 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji Buah keras

Untuk bahan ditumbuk

  • ½ biji Buah pala
  • 1 sudu kecil Lada sulah biji
Decorative Image

Langkah-Langkah

1

Cara penyediaan: 

Rebus ayam dengan 1 ½ liter air sehingga mendidih. Masukkan ubi kentang dan diikuti dengan lobak merah.

2

Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau.

3

Tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan ayam. Masukkan kiub pati ayam.

4

Akhir sekali masukkan buah tomato dan leek.

5

Sebelum dihidangkan, tabur dengan bawang goreng.

Tips nutrisi

  • Lobak merah adalah tinggi dalam vitamin A. Vitamin A penting untuk fungsi mata serta membantu menjaga kesihatan kulit dan membrane mukus.
  • Tambahkan cendawan enoki untuk meningkatkan rasa umami di dalam sup.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.