Resipi Sup Bawang Malaysia dengan Sate

1jam
2 Hidangan
Sederhana - Medium
Sup Bawang Malaysia dengan Sate

Resipi Sup Bawang Malaysia dengan Sate

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)

Untuk sup:

  • 25 gram mentega
  • 1 camca besar minyak zaitun
  • 3 labu bawang besar, dihiris
  • 1 camca kecil gula
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 camca besar tepung gandum
  • 1 camca besar serbuk kari
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 cili merah, dipotong panjang
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji halia, dihiris bulat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 250 mililiter wain putih (opsyenal – boleh melebihkan stok daging lembu mengikut citarasa)
  • 750 mililiter stok daging lembu

Untuk sate:

Langkah-langkah

1

Panaskan periuk besar di atas api yang sederhana dan tambahkan mentega dan minyak, diikuti dengan bawang. Tutup dengan penutup, kecilkan api dan tumiskan selama 20 minit sehingga bawang menjadi layu.

2

Alihkan penutup, tambahkan bawang putih dan gula dan tumis selama 20-30 minit lagi, kacau selalu supaya bawang tidak menjadi hangus. Anda mahukan bawang yang menjadi layu dan wangi (inilah yang memberikan warna dan rasa) tetapi tidak hangus.

3

Masukkan tepung dan rempah dan masak selama beberapa minit, mencampurkan kesemuanya dengan baik. Tuangkan wain dan biarkan sebentar untuk tersejat, kemudian tambahkan stok. Renehkan selama 15 minit.

4

Letakkan kepingan daging lembu ke dalam mangkuk dan tambahkan serbuk kari, kiub pati dan minyak. Campurkan segalanya dengan sebati supaya daging lembu dapat disalut campuran dengan menyeluruh.

5

Cucukan daging lembu diantara 4 pencucuk- ia semua haruslah mempunyai saiz dan ketebalan yang sama untuk memastikan ia masak sama rata.

6

Letakkan di atas pemanggang yang panas atau kuali menggoreng dan masak selama beberapa minit di setiap sisi sehingga menjadi garing- tetapi berhati-hati supaya tidak terlampau masak atau daging akan menjadi liat.

7

Asingkan rempah daripada sup, bahagikan di antara dua mangkuk dan hidangkan setiap hidangan dengan 2 sate daging.

Exit mobile version