Resipi Sup Ikan Asam Pedas

30minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Resipi Sup Ikan Asam Pedas

Resipi Sup Ikan Asam Pedas. (Photo: NMA)

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar minyak sayuran
  • 2 asam keping
  • 2 batang serai, diketuk
  • ½ cawan cili boh
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar asam jawa + 1000 ml air (kacaukan dan keluarkan benih)
  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1 terung, dihiris
  • 5 batang bendi, dihiris
  • 1 bunga kantan, dipotong dua
  • Segenggam daun laksa
  • Garam secukup rasa

Dikisar

  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh belacan dipanggang

Langkah-langkah

1

Kisarkan bawang besar, bawang putih dan belacan dalam mesin pengisar.

2

Panaskan minyak sayuran dalam periuk. Tumiskan bahan yang dikisar, asam keeping dan serai sehingga berbau wangi.

3

Tambahkan cili boh dan serbuk kunyit, tumis sehingga pecah minyak.

4

Tambahkan air asam jawa dan Knorr Ikan Bilis Cubes. Apabila sup sudah mendidih, masukkan ikan, terung dan bunga kantan.

5

Apabila ikan sudah masak, tambahkan garam secukup rasa. Masukkan daun laksa.

6

Hidangkan selagi panas dengan nasi putih.

Exit mobile version