Resipi Sushi Salmon dengan Caulirice - Nak Makan Apa?

Resipi Sushi Salmon dengan Caulirice

Simpan ke kegemaran anda

Cubalah resepi sushi salmon dengan menggunakan caulirice yang mudah dibuat ini. Caulirice (nasi bunga kubis) adalah pengganti nasi yang amat terkenal untuk kalorinya yang lebih rendah dan berkhasiat.

15minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
280kcal
Nak Makan Apa|September 26, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Hellman's Roasted Sesame
Hellmann’s Roasted Sesame
Beli dalam talian
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 250 g Bunga kubis, dipotong kuntum kecil
  • 300 g isi ikan salmon
  • 6 keping Kepingan Nori (besar)
  • 1 Timun Jepun besar, dihiris panjang
  • 1 Lobak merah, dihiris panjang
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
  • Bijan hitam untuk hiasan

Langkah-langkah

1

Kisar bunga kubis hingga halus seperti tekstur nasi. Masukkan di dalam mangkuk dan masak dengan ketuhar gelombang mikro selama 5 minit. Setelah sejuk, lettakan ia di atas tuala dapur yang bersih dan perahkan air dari nasi bunga kubis.

2

Letakkan nasi bunga kubis ke dalam mangkuk dan masukkan Hellman’s Roasted Sesame Salad Dressing dan secubit garam. Gaul hingga sebati. Ketepikan.

3

Perisakan ikan salmon dengan garam dan serbuk lada sulah. Goreng hingga masak sepenuhnya dan ketepikan.

4

Untuk menghidang, letakkan sekeping nori di atas tikar penggulung. Taburkan nasi bunga kubis ke atas dan tekan hingga menjadi lapisan nipis, pastikan ada ruang 1 inci dari bahagian atas nori. Susunkan timun, lobak merah dan ikan salmon satu persatu secara lurus, pastikan ada ruang 1 inci dari bawah.

5

Gulung dan tekap sushi sepenuhnya agar gulungan sushi menjadi kemas.

6

Potongkan sushi saiz kecil dan taburkan Lady’s Choice Mayonis Sebenar dan hias dengan bijan hitam. Sedia dihidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Caulirice mengandungi karbohidrat yang lebih rendah dan serat diet yang lebih tinggi berbanding dengan nasi putih. Pengganti nasi ini juga membekalkan lebih nutrien seperti potasium, kalsium, folat dan vitamin C.
  • Ikan salmon mempunyai lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu dipercayai sebagai lemak diet yang lebih sihat berbanding dengan lemak tepu. Ikan salmon juga tinggi dalam vitamin D – nutrien yang membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.