Resipi Sushi Salmon dengan Caulirice

15minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Sushi Salmon Caulirice

Sushi Salmon dengan Caulirice (Photo:NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Hellmann’s Roasted Sesame
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 250 g Bunga kubis, dipotong kuntum kecil
  • 300 g isi ikan salmon
  • 6 keping Kepingan Nori (besar)
  • 1 Timun Jepun besar, dihiris panjang
  • 1 Lobak merah, dihiris panjang
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
  • Bijan hitam untuk hiasan

Langkah-langkah

1

Kisar bunga kubis hingga halus seperti tekstur nasi. Masukkan di dalam mangkuk dan masak dengan ketuhar gelombang mikro selama 5 minit. Setelah sejuk, lettakan ia di atas tuala dapur yang bersih dan perahkan air dari nasi bunga kubis.

2

Letakkan nasi bunga kubis ke dalam mangkuk dan masukkan Hellman’s Roasted Sesame Salad Dressing dan secubit garam. Gaul hingga sebati. Ketepikan.

3

Perisakan ikan salmon dengan garam dan serbuk lada sulah. Goreng hingga masak sepenuhnya dan ketepikan.

4

Untuk menghidang, letakkan sekeping nori di atas tikar penggulung. Taburkan nasi bunga kubis ke atas dan tekan hingga menjadi lapisan nipis, pastikan ada ruang 1 inci dari bahagian atas nori. Susunkan timun, lobak merah dan ikan salmon satu persatu secara lurus, pastikan ada ruang 1 inci dari bawah.

5

Gulung dan tekap sushi sepenuhnya agar gulungan sushi menjadi kemas.

6

Potongkan sushi saiz kecil dan taburkan Lady’s Choice Mayonis Sebenar dan hias dengan bijan hitam. Sedia dihidangkan.

Exit mobile version