Resipi Sushi Stacks Tuna - Nak Makan Apa?

Resipi Sushi Stacks Tuna

Simpan ke kegemaran anda

Bagi penggemar sushi di luar sana, resepi ini wajib dicuba! Gabungan lapisan tuna, sayuran dan nasi yang lazat ini dijamin mengeyangkan anda.

40minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
220kcal
Nak Makan Apa|September 26, 2020 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Tuna
Lady's Choice Sapuan Tuna
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk salad edamame & mangga:

  • 1 Bawang besar, dicincang
  • 1 sudu besar Cuka beras
  • 1 sudu teh Gula perang
  • 200 g Mangga, didadu
  • ½ cawan Edamame, dikupas
  • ½ Daun pudina, dicincang
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • Bijan hitam

Untuk campuran tuna:

Langkah-langkah

1

Campurkan nasi dengan cuka, Lady’s Choice Sapuan Tuna dan bijan hitam hingga sebati. Biarkan sejuk.

2

Untuk salad, tuangkan bawang, cuka, gula, secubit garam dan serbuk lada sulah ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan perap selama 5 minit. Kemudian, masukkan mangga, edamame dan daun pudina. Kacau sebati dan ketepikan.

3

Untuk campuran tuna, campur tuna dengan Lady’s Choice Sapuan Tuna hingga sebati.

4

Untuk sushi stacks, sapukan sedikit minyak masak pada 4 ramekin. Bahagikan salad kepada 4 dan sudukan ke dalam remekin, diikuti dengan campuran tuna dan ratakan. Kemudian, taburkan campuran nasi dan tekan hingga mampat. Biarkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

5

Untuk menghidang, longgarkan sushi stacks dengan pisau tajam perlahan-lahan. Kemudian, terbalikkan remekin ke atas pinggan dan keluarkan remekin. Hias sushi stacks dengan daun pudina dan bijan hitam. Sedia dihidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

  • Tuna adalah sumber bagi protein. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.
  • Edamame mengandungi serat diet dan folat. Pengambilan serat diet boleh membantu melegakan sembelit. Folat berperanan dalam pembentukan sel darah merah.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.