Tauhu Bergedil Sayuran

45minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
Tauhu Berdegil Sayuran

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Sayuran (6 Kiub 60g)
  • 350 g Tauhu Pok
  • 1 kiub Knorr Kiub Pati Sayuran Knorr Kiub Pati Sayuran (6 Kiub 60g)
  • 210 g Kubis bunga, dikukus dan dihancurkan
  • 40 g Lobak merah, didadu halus
  • 30 g Cendawan shitake, didadu halus
  • 30 g Bawang besar, didadu halus
  • 50 g Kacang buncis, dihiris
  • 2 sudu besar Serbuk roti
  • 2 sudu besar Minyak masak
  • 6 biji Telus, dipukul
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk sos pencicah

  • 5 sudu besar Sos cili Thai
  • 3 sudu besar Kicap manis
  • 1 sudu besar Jus limau

Untuk hiasan

  • Daun bawang, cili padi mereah, bawang goreng

Langkah-langkah

1

Gunting sedikit permukaan atas setiap tauhu pok. Ketepikan. 

2

Tumis bawang besar, lobak merah, cendawan shitake dan kacang buncis bersama Knorr Kiub Pati Sayuran sehingga sebati. Padamkan api dan campur dengan kubis bunga hancur dan serbuk roti, gaul sehingga sebati.

3

Sumbat inti ke dalam tauhu pok sehingga padat. Ulang langkah sehingga tauhu pok dan inti selesai.

4

Panaskan minyak di dalam kuali sehingga suhu sederhana panas. Salutkan setiap tauhu pok dengan putih telur dan goreng di dlaam minyak sehingga berwarna kuning keemasan 

5

Hias dan hidangkan bersama sos pencicah.

Exit mobile version