Telur Awan Gebu dengan Sosej dan Lobak Merah - Nak Makan Apa?

Telur Awan Gebu dengan Sosej dan Lobak Merah

Simpan ke kegemaran anda

Hidangkan resepi telur awan gebu ini bagi sarapan pagi di rumah anda. Nikmatilah ia bersama seisi keluarga.

15minit
4 Hidangan
Ringkas
Nak Makan Apa|September 26, 2020

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian
Lady's Choice Sapuan Ayam
Lady’s Choice Sapuan Ayam
  • 4 Telur
  • 4 keping Roti bakar mentega tanpa garam
  • 2 Sosej, dihiris kasar dan digoreng
  • ½ Lobak merah, didadu dan dicelur
  • Serbuk lada sulah secukup rasa
  • Daun dill untuk hiasan
  • Salad buah-buahan
  • Kacang panggang

Langkah-langkah

1

Asingkan putih telur dan kuning telur di dalam mangkuk yang berasingan. Pukulkan putih telur dengan kelajuan rendah dan tambahkan kelajuan secara beransur-ansur hingga puncak yang tegar terbentuk.

2

Sudukan campuran kepada 4 timbun di atas dulang yang telah dialas dengan kertas parchment dan bentukkan perigi di tengah setiap satu timbun dengan sudu besar.

3

Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180˚C hingga telur putih keras dan menjadi warna kuning muda.

4

Kemudian, tambahkan 1 biji kuning telur ke dalam setiap perigi dengan cermat. Bakar selama 3-4 minit lagi.

5

Sapukan Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas roti bakar dan letakkan telur di atas ia. Taburkan Lady’s Choice Sapuan Ayam di atas telur dan hiaskan dengan sosej, lobak merah dan daun dill. Perisakan dengan serbuk lada putih dan hidang dengan salad buah-buahan dan kacang panggang.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.