Telur Dadar Cendawan Berhalba - Nak Makan Apa?

Telur Dadar Cendawan Berhalba

Simpan ke kegemaran anda

15minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 11, 2022

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Beli dalam talian

Bahan-bahan

  • 5 sudu besar Mayonis Sebenar Lady’s Choice Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 60 g Mentega
  • 8 biji Telur
  • 250 g Pelbagai cendawan, dihiris
  • 40 g Bawang kuning, dicincang halus
  • 20 g Bawang putih, dicincang halus
  • 5 tangkai Thyme segar

Langkah-langkah

1

Pukul telur Bersama dengan Mayonis Sebenar Lady’s Choice sehingga gebu. Ketepikan.

2

Panaskan 20g mentega di dalam kuali dan tumis bawang kuning, bawang putih, cendawan-cendawan dan thyme selama 30 saat. Angkat dan ketepikan.

3

Di dalam kuali yang sama dengan suhu sederhana, masukkan baki mentega dan tuangkan separuh campuran telur. Kemudian, ratakan campuran secara rata. Setelah bahagian bawah mula mengeras dengan sedikit lembap di bahagian atas, taburkan separuh inti cendawan ke atasnya.

4

Balikkan telur dan goreng sehingga telur mengeras, angkat dan ulangi dengan campuran telur dan cendawan yang selebihnya.

5

Sedap dimakan bersama salad.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.