Telur Dadar Sambal

35minit
2 Hidangan
Ringkas - Easy

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 4 batang baby corn
  • ¼ biji capsicum

Langkah-langkah

1

Pukul telur bersama ½ sudu kecil Knorr Pasti Sedap. Goreng dan ketepikan.

2

Tumis bawang merah dan putih sehingga layu. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

3

Masukkan sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak sekali lagi.

4

Masukkan baby corn, capsicum dan hirisan bawang. Masak sehingga lembut.

5

Perasakan dengan ½ sudu kecil Knorr Pasti Sedap secukupnya.

6

Curah sambal ke atas telur dadar tadi.

Exit mobile version