Bahan-bahan
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Pilih saiz
Pilih peruncit
Pilih peruncit
Pilih peruncit
Pilih peruncit
-
2 biji ubi kentang russet besar, digosok bersih
-
80 g cendawan butang, dihiris
-
2 ulas bawang putih, dicincang
-
2 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
-
2 keping ham ayam, didadu
-
2 biji telur
-
1 sudu teh daun bawang, dicincang halus
-
garam secukup rasa
-
lada hitam secukup rasa
Topping
-
1 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
Langkah-langkah
Buangkan 1/3 ubi kentang secara hiris memanjang. Bakar kepingan ubi kentang dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 200oC selama 15 minit.
Sementara itu, letak cendawan dalam mangkuk tahan panas, kemudian letakkan Lady’s Choice Mayonis Sebenar di atas cendewan diikuti dengan bawang putih dicincang. Ketepikan.
Sapukan dadu ham ayam atas pinggan kecil tahan panas. Ketepikan.
Apabila ubi kentang siap dibakar, letakkan cendawan dan ham ayam dengan segera di atas dulang ketuhar di tepi ubi kentang. Bakar lagi selama 15 minit pada suhu 200 oC atau sehingga ubi kentang masak sepenuhnya.
Keluarkan ham ayam dan ketepikan.
Korek dan keluarkan isi ubi kentang di bahagian tengah sehingga ketebalan isi pada kulit adalah lebih kurang 1sm.
Perasakan cendawan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Isikan cendawan ke dalam rongga ubi kentang sehingga 3/4 penuh, seterusnya tuangkan sebiji telur untuk memenuhinya. Ulangi untuk ubi kentang yang satu lagi.
Bakar ubi kentang sekali lagi pada suhu 180oC selama 10 minit atau sehingga telur masak seperti mana yang digemari. Letak cendawan dan ham ayam yang selebih di atas ubi kentang diikuti dengan Lady’s Choice Mayonis Sebenar.
Hiaskan dengan daun bawang dan sedia dihidangkan.