Tom Yam Lamb Chop Bakar

40minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
knorr grilled tom yam lamb chop low

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Tom Yam
  • 1 kg Daging kambing potongan kepingan (lamb chop)
  • 30 g Daun ketumbar, dicincang
  • 3-4 helai Daun limau purut, dihiris nipis
  • 2 Cili padi, dicincang
  • 2 labu Bawang putih, dicincang
  • 1 sudu besar Sos ikan
  • 2 sudu besar Jus limau nipis
  • 2 sudu besar Gula perang
  • 1 sudu teh Kicap pekat

Untuk salad couscous:

  • 1 cawan salad couscous, masak mengikut arahan pada paket
  • ½ Lada benggala merah, didadu
  • ½ Lada benggala keuning, didadu
  • 2-3 Bawang merah, dihiris nipis
  • 2 sudu besar Minyak zaitun
  • Serbuk lada hitam secukup rasa

Langkah-langkah

1

Perap daging kambing dengan semua bahan-bahan selama 2 jam atau semalaman.

2

Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160˚C selama 20 minit atau sehingga daging masak sepenuhnya. Hidangkan Bersama salad couscous, sayur-sayuran bakar atau ubi kentang putar.

3

Untuk salad couscous, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati.

Exit mobile version