Resipi Tom Yam Paprik Ayam

25minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Tom Yam Paprik Ayam

Resipi Tom Yam Paprik Ayam ala Siam yang digemari. (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Tom Yam
  • 250 g daging ayam dada, dihiris kasar
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 bawang besar, dihiris
  • 2 helai daun limau katsuri
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 serai, ditumbuk
  • 3 cili padi merah, dihiris
  • 3 kacang panjang, dipotong memajang
  • 6 Jagung muda, dipotong kecil
  • 1 lobak merah, dihiris kasar
  • 2 cawan kubis bunga
  • 1 tomato, dibahagi empat
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ¼ cawan air

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga wangi.

 

2

Masukkan ayam dan goreng sehingga keemasan. Masukkan sedikit air jika perlu.

 

3

Masukkan Kiub Pati Tom Yam Knorr, sos-sos, serai, daun limau katsuri, cili padi merah dan air. Masak sehingga mendidih.

 

4

Masukkan sayur-sayuran dan masak dengan api perlahan selama 2-3 minit.

 

5

Hidang dengan nasi.

Exit mobile version