Tom Yum Bersantan dengan Makanan Laut - Nak Makan Apa?

Tom Yum Bersantan dengan Makanan Laut

Simpan ke kegemaran anda

Kepala buntu tak tahu nak masak apa? Cubalah resipi Tom Yum Bersantan dengan Makanan Laut. Pasti laku…

40minit
4 Hidangan
Ringkas
Nak Makan Apa|Februari 8, 2019

Bahan-bahan

  • 120 g kupang
  • 120 g lala
  • 1000 ml air
  • 80 g bawang besar
  • 15 cili padi
  • 30 g lengkuas
  • 1 serai, diketuk
  • 15 g udang kering, direndam dan ditumbuk
  • 100 g tomato, dipotong kepada empat
  • 220 g labu, kulit dikupas dan dipotong kepada saiz yang kecil
  • 80 g cendawan tiram
  • 150 g udang, jangan buang kulit dan dibersihkan
  • 120 g sotong, dibersihkan
  • 60 ml santan
  • 1 sudu besar nam pla (sos ikan)

Hiasan

  • Daun ketumbar
  • Limau, dihiris
  • Cili padi

Langkah-langkah

1

Rendamkan kupang dan lala dalam air selama 20 minit dan buangkan air.

2

Masukkan air dan Kiub Tom Yam Knorr ke dalam periuk. Seterusnya, masukkan bawang besar, cili padi, lengkuas, serai, udang kering dan kacaukan untuk beberapa minit. Apabila sup sudah mendidih, perlahankan api dan biarkan mereneh.

3

Masukkan tomato, labu dan cendawan tiram. Apabila labu sudah empuk, masukkan kupang, lala, udang dan sotong. Kacaukan dengan baik.

4

Masukkan santan dan nam pla. Kacaukan dan biarkan mereneh untuk 5 minit atau sehingga semua makanan laut sudah masak.

5

Hiaskan dengan daun ketumbar, limau dan cili padi sebelum menghidang.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.