Yee Mee Sizzling Claypot - Nak Makan Apa?

Yee Mee Sizzling Claypot

Save to your favorites

25min
1 Servings
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|May 14, 2021

Bahan-Bahan

Untuk bahan bahan sos

  • 3 sudu besar Sos tiram
  • 3 sudu besar Kicap manis
  • 2 sudu besar Kicap cair
  • 1 sudu kecil Lada hitam kasar

Untuk bahan bahan lain

  • 3 ulas Bawang putih - diketuk
  • 3 tangkai Cili kering
  • 1 keping Isi ayam bahagian thigh - dipotong kiub
  • 3 keping Shiitake -dihiris kasar
  • 1 sudu besar Tepung jagung
  • Air secukupnya
  • Sayur Pak Choy
  • Sedikit minyak masak

Langkah-Langkah

1

Cara penyediaan: 

Panaskan pot dan tuangkan sedikit minyak masak.  Tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik bau wangi.

2

Masukkan isi ayam dan masak separuh masak.

3

Masukkan cendawan shittaki dan masakkan sebentar

4

Kemudian masukan sos dan kacau kan ke semua bahan.

5

Masukkan air dan kemudian masukkan Knorr kiub ikan bilis.

6

Bila dah mendidih masukkan air tepung jagung

7

Bila kuah dah pekat matikan api.

8

Tuangkan kuah ke atas yee mee, susunkan sayur pak choy dan tutupkan.Masakkan lebih 30 sec dan buka penutup.

9

Masukkan telur dan tutup semula dan biar kan masak.

10

Matikan api dan taburkan daun bawang.

11

Sedia untuk di hidang.

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.