Yong Tau Fu - Nak Makan Apa?

Yong Tau Fu

Simpan ke kegemaran anda

40minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mei 15, 2021
Decorative Image

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk bahan bahan

  • 1 sudu besar Tepung gandum
  • 1 sudu besar Tepung jagung
  • 1 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar Kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram Daun Pandan
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1½ cawan air
  • Minyak masak
  • ¼ cawan Kacang tanah
  • ½ sudu besar Tepung gandum
  • ½ sudu besar Tepung jagung
  • 1½ cawan Air
  • 1 ulas Bawang putih
  • 2 sudu besar Cili kering kisar
Decorative Image

1

Cara penyediaan kuah hitam: 

Masukkan tepung gandum, tepung jagung, taucu, kicap manis dan sos tiram dan gula. Kemudian masukkan sedikit air dan dikisar sehingga taucu hancur.

2

Masukkan kedalam periuk, api sederhana dan masakkan kuah ,tersebut. Pastikan kacau kuah supaya kuah tidak berketul. Jangan masak terlalu pekat.

3

Cara penyediaan kuah merah/pedas: 

Panaskan minyak masak dan masukkan kacang tanah dan gorengkan sehingga garing. Kemudian dikisarkan dengan sedikit tepung gandum dan tepung jagung dan air dan sedikit gula dan tambahkan Knorr Pasti Sedap secukupnya.

4

Kisarkan sampai kacang tanah betul betul hancur.

5

Langkah seterusnya, panaskan minyak kedalam kuali dan tumiskan bawang putih. Tumiskan cili kering sehingga pecah minyak di atas api kecil.

6

Masukkan bahan bahan yang dikisar tadi.

7

Masakkan kuah dalam 4 – 5 minit sehingga pekat.

8

Cara penyediaan bebola: 

Rebuskan bebola pilihan dan setelah masak boleh di guntingkan.

9

Siap untuk dihidangkan bersama kuah hitam atau kuah merah.

Tips nutrisi

  • Lengkapkan hidangkan anda dengan teh atau jus buah-buahan yang segar. Teh tidak membekalkan kalorie apabila diminum tanpa gula dan susu.
  • Anda boleh memanggang atau air fry kacang tanah sebagai pilihan yang lebih sihat.
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.